Monday, September 28, 2009

Damia Beraye

Assalamualaikum..

Tahun ni (2009), tahun kedua Damia menyambut Aidilfitri. Tahun ni banyak perbezaan menyambut hari raye cz tahun lepas (2008) Damia belum pandai berjalan n belum pandai bercakap tp tahun nie semua dah pandai. Mintak Duit Raye pn dan pandai. So, Watch Out!! org di luar, Damia akan pergi beraye lagi..

1st Raye kitaorg semua beraye di Kuala Lipis (My husband's family). Yg ada di kampung tuh Aki, Pak Uteh, Pak Itam, Mak Ndak, Pak Ndak, Epi, Ijat, Abah, Mak n Ida N my family...Hepi abis, Tp kitaorg sampai lewat petang, So tak dapat tolong pe-pe pn.. Hanya dpt join Bakar lemang pd mlm raye tuh...


Thursday, August 27, 2009

PERKAHWINAN..untuk apa sebenar nya ??

Mencari Erti Perkahwinan Sebenarnya


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud :


“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.”


Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Jikalau ada tersalah kata, trlanjur bicara, harap dmaafkan. Smoga Ramadhan kali ini mbawa 1001 pengertian & keinsafan… Selamt menunaikan ibadah puasa ..

Tuesday, August 18, 2009

Sunday, August 16, 2009

SEKADAR BERKONGSI

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan sembahyang semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

1) Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
2) Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
3) Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
4) Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
5) Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
6) Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
7) Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
9) Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
11) Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Friday, August 14, 2009

17 Apr 2008 ; 9.05pm (1st time mamam)



Pertama kali damia makan, Su buat kan bubur nasi yg di blend then tapis.... SWEETttt

Thursday, August 13, 2009

DAMIA ARISSA

My little Princess .. love u so much
18 Nov 2007 / 10.02pm @ Hospital Selayang

** Tidak terungkap dgn kata2, menyatakan betapa gembira nya Su apb damia lahir ke dunia. Suatu perasaan yang sukar utk di describe kn. Hari yang teramat+++++ membahagiakan...